Pagi tatkala membaca suratkhabar saya terkejut melihat tajuk dimana seorang perwakilan MIC mencadangkan supaya diletakkan kalungan kasut pada gambarTun Dr.Mahathir. Tindakan itu dibuat atas rasa tidak puas hati kononnya mantan Perdana Menteri itu telah mencampuri hal ehwal dalaman parti MIC.
Saya tidak tahu sama ada kenyataan yang diberikan oleh Tun Dr.Mahathir itu seolah-olah beliau cuba mencampuri urusan MIC atau pun sekadar memberi pendapat. Saya tidak rasa pendapat beliau akan memberi kesan kepada pemilihan MIC, jika ia berlaku maka pendapat beliau masih lagi ingin didengari rakyat.
Apa yang ingin saya katakan disini bahawasanya...."Jangan Kurang Ajar". Saya hairan Samy Vellu yang suatu ketika pernah menyuap kek ke mulut Tun Dr.Mahathir boleh berdiam diri dan tidak menegur tindakan tersebut.
Seburuk mana pun mantan Perdana Menteri itu pun, ada baik nya juga. Sekurang-kurangnya dia tahu untuk meletak jawatan. Sekurang-kurangnya beliau juga ada pendirian walaupun ada kalanya kita tidak sukai.
Samy Vellu berlagak seolah-olah beliau tuhan yang tidak boleh ditegur. Beliau mengepalai MIC seperti seorang samseng dalam filem Tamil. Selagi tidak ada Rajnikand yang datang menyelamatkan masyarakat India didalam fantasi Samy Vellu, selagi itu lah mereka akan terpinggir.
Beliau tidak sedar atau masih didalam alam fantasi filem Tamil nya bahawa, beliau lah punca undi kaum India beralih ke Pakatan Rakyat.
Kalau MIC hendak berterima kasih kepada PM Najib yang 'banyak' membantu kaum India, sekurang-kurangnya mereka menerima kenyataan tekanan daripada Tun Dr.Mahathir sedikit sebanyak memberi impak kepada perubahan pucuk pimpinan UMNO dan seterusnya membolehkan Najib naik ke takhta kerajaan dan membantu kaum India.
Kepada yang nak cuba mengkalungkan kasut ke leher negarawan Malaysia ini, datang lah. Jangan bersembunyi disebalik perhimpunan agung tersebut. Ataupun nak saya pasang DVD "Bring Me The Head Of Samy Vellu"?
Mungkin ada yang berpendapat bahawa sentimen saya ini disebabkan saya baru saja menemuramah mantan Perdana Menteri tersebut. Saya tidak bersetuju. Kalau MIC nak mengkalungkan kasut pada gambar Tok Guru Nik Aziz pun saya akan kata "Jangan Kurang Ajar"